Thursday 25 July 2013

JJCM: Iftar di Impiana Resort Cherating Ramadhan Buffet

Last 2 days,i went to Impiana Resort Cherating for Ramadhan Buffet.





Menu:

- Grilled Lamb
- Grilled chicken
- Pasta
- Steamboat
- Pasta (masak on the spot taw!)
- Lauk pauk ala kampung
- Sup gearbox
- Cake
- Pudding
- Kuih muih, bubur (choice tak sebanyak Hotel Vistana)
- Salad
- Kerabu (choice tak sebanyak Hotel Vistana)
- Sate
- Kebab
- Mi sup


Rating: 4/5
Harga: RM 60++
Review: Menu yang disediakan lebih variety berbanding kat Ramadhan Buffet Hotel Vistana Kuantan, since kat sana diorang fokus untuk masakan ala kampung je tak silap saya. Menu kat Impiana Resort Cherating ni ada ala kampung dan western. However, masakannya tak lah sesedap ala kampung  kat Hotel Vistana Kuantan tu. Tapi still sonok sebab variety, semua boleh makan. Antara makanan yang sedap di tekak :

- Sup gear box
- Sos blackpepper

Haa? 2 je ke? Yang lain boleh diterima tekak, sedap aje, cuma rasa standardlah.

Resepi: Macaroni Baked Cheese

One of my favourite western dish is Lasagnia. Namun nak membeli pasta lasagnia dalam kotak tu sangat sukar ditempat yang terpencil nan indah ini. Maka demi melayankan nafsu serakah mengusai diri untuk memakan cheesy food, terpaksalah meng GOOGLE resepi yang ada cis dan kembar kepada lasagnia that is Macaroni Baked Cheese.

Sedap! Memang Macaroni Baked Cheese harus di cuba! Gambar buruk sebab baked dalam ni, makan pun dalam ni. Malas hambe nak kuarkan dan hidang cantik-cantik semata-mata nak hamek gambar meriah.



Resepi macaroni baked cheese

sumber : mix and match dari blogger lain-lain
2 org makan

Bahan-bahan:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak kecil susu segar
2 keping keju
Secubit lada hitam dan garam
2 ulas Bawang putih
1/4 Bawang Besar 
 2 helai Bay Leaves

 Makaroni (utk 2 org) daging kisar 1/2 biji bawang besar - potong dadu 2 ulas bawang putih - cicang
1 tin prego italian sauce
Cendawan butang
sosej
mix herbs (basil,thyme dll)
1sb olive oil

Keju Mozarella secukupnya (saya guna cheddar cheesedale jerr)

Cara-cara:


Macaroni

1. Rebus macaroni sampai lembut. Letak garam sedikit.
2. Toskan Macaroni, dan letakkan sedikit olive oil. Gaul rata. Tujuannya tanak bagi melekat

Sos putih
  1. Tumis bawang putih & Bawang Besar dengan butter
  2. Masukkan 2 helai Bay Leaves & sedikit Oregano Leaves. 
  3.  Masukkan susu segar dan cheese
  4. Masukkan tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga mendidih.

Sos merah

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan kemudian masukkan daging cincang.
  2.  Agak-agak dah kering air daging, masukkan Prego Italian Sauce.
  3. Masukkan garam n gula, renehkan sebentar.
  4. Masukkan sosej. Gorengkan sehingga empuk.
  5. Masukkan cendawan dan mix herbs. Kacau rata.


Combine together:

1. Layer gilir-gilir sos merah-> macaroni-> sos putih-> macaroni-> sos merah-> macaroni->l astly sos putih

5. Letakkan cheese di atas sekali.
6. Panaskan Oven 180 darjah celcius, 15-20 minute.


Wednesday 24 July 2013

Travelogue: Prague to Olomouc

Kami sampai di Prague after 6 hours in train from Frankfurt. Penat berbakul bakul lepas travel kemain almost 24 jam. Tapi bila lihat pemandangan terindah ciptaan Yang Esa ni seakan terpukau tak terasa kepenatan badan yang dalam proses penuaan ini.


Di Prague, ada surau kecik yang korang boleh solat dan tukar duit.Yang penting, pesanan mokcik, solat 5 waktu mesti cukup. Barulah hati terang-riang tanpa gundah-gulana-menyesali diri. Bagi mengisi perut yang sudah mengecut tanpa makanan selama lebih 6 jam ini, ada la rezeki di Istanbul Kebab kat area tu.

Pilih, jangan tak pilih! Walaupun perasaan berkobar-kobar memilih lauk yang paling extravaganza dan mabeles, lauk-lauknya masih nampak kusam. Di luar jangkaan paradigma betol lah.

Memang we olls sangat lapar dan tamak ketika order makanan. Nampak tak muka tamak aku di sebalik kamera?

Kusam tak bermaya, rasa tiada.


Saya adalah penge LIKE coffee yang tegar walaupun sedar gigi sudah bertemakan warna kuning akibat stain menapak setiap hari. Nko lah yang bersalah dalam hal ni Coffee oiii! Cett. Itulah wanita tak sedar diri menuding jari pada kopi, tak mengaku kesalahan diri sendiri.

Tomorrow, the next day: Centrum, Olomouc

Cuaca mendung yang bakal menghujani bumi dengan hujan. Ayat apekah.

Terus menerpa ke restorante berhampiran. 
Menu Book pun nak tunjuk.

Granini strawberry juice ni tersangatlah sedap. Pekat likat berkilat u olls.

Disebabkan makanan kat Istanbul kebab tak menepati tunas rasa lidah kami, maka tamaklah semula bila makan semasa makan di Olomouc restorant ape ntah ni.

Seaafood aka Marinara Pizza

Mushroom Pizza
Hoipp jadi vegetarian lah pulak kat sini. Lebih baik dari makan pig pork yang diharamkan disisi agama

Dolu-dolu, masa pestime pegi H & M kat Olomouc and Paris, i olls tak tahu pun H & M ni begitu branded kemain wahwah. Ingatkan kedai baju local yang tak dikenali masyarakat. Rupanya sampai kat Mesia ni terus bukak kat mall. Oke la tu. Gelemer jugak i dapat masuk H & M ni

Donut made by machine. Kagum sungguh sebab comel

Pestime jugak hamba melihat tulip yang hidup dan original. Walaupun tak boleh pegang, tapi tetap menjadi pojaaan lubang hiidungku. Haipp, tahu tak misi mencari tulip ni dah berapa lama? 2 hari tahu. Sebab time tu ku sangkakan panas hingga ke 2 minggu, rupanya hujan setiap hari. Tulip have fragile buds, so gugurlah ke bumi bila kena hujan mencurah-curah. Yang ni pun dapat snap sebab skodeng rumah tepi jalan dan eh eh, tulip!!! Terus zoom kamera celah-celah pagar petak kecik tu. Kalau ada anjing bulldog pengawal rumah ni, konpom lubang hidung dah kena gigit.

to be continued....

Monday 22 July 2013

JJCM: Iftar di Hotel Vistana Kuantan Ramadan Buffet

Last Friday, bos hubby belanja rakan-rakan opismate Muslim berbuka puasa di Ramadan Buffet Hotel Vistana. Makan free, of coz tak tolak weiihh. Dah la sumur hidup tak penah saya berbuka dekat Hotel. Bajet tentulah kena meriah. Ongkosnya wow gitu.

Gambar memang tak ada dan memang sengaja tak bawak kamera sebab takut terserlah ketasopanan dan kejakunan makan di hotel. Sebenarnya terpaksa berpura-pura sopan depan opismet hubby.huhu.

Menu:
 (opps, nama ni memang tak sama la kat atas table tu. Nama direka mengikut rupa bentuk menu tersebut, pepandailah korang nanti cari yang mana)

  • Aneka bubur (nangka, pisang, sagu, labu dll)
  • Aneka kerabu (x sempat nak merasa )
  • Aneka dessert (kek, kuih muih, puding)
  • ABC
  • Aiskrim
  • Lauk pauk pelbagai jenis
  • Kambing golek
  • Kerang
  • Laksa pahang
  • Nasi ayam
  • Roti canai
  • Murtabak
  • Sate
  • Bubur lambuk

Rating: 4/5
Harga: RM 58++
Masa: Berbuka - 9 malam
Kemudahan solat: Ada surau kat tingkat atas, orang sangat ramai, So ada dewan lagi satu dibuka utuk solat. Lepas makan boleh sambung balik
Review: Rasa masakan lauk pauk memang sedap! Menu pelbagai jugakla. Antara menu yang saya ingat dan rasa sedap:


- Udang celup tepung (saiz besar, puas hati makan)
- Kari kambing (pekat, likat, sedap)
- Ikan celup tepung sweet sour
- Sayur tauge hijau
- Kambing golek bakar tu boleh tahan la..
- Paru masak merah
- Sotong sos tiram
- Sate daging sangatlah lembut.Tak tahu daging ape

Opor ayam wangi hubby kata tak sedap.
Dessert, kek tu biasa jek, tak sedap sangat. Puding tu okey je la. Pengat labu dan nangka memang saya suka.hehe.

Anyway, harga tu maybe tak berbaloi sangat dengan jumlah yang saya makan sebab saya makan tak banyak. Perut dah penuh angin kot T_T  But still thanx to bos sebab belanja makan kat Ramadan Buffet Hotel Vistana


Wednesday 17 July 2013

Resepi : Ketam Telur Masin


Resepi berbuka hari ni memanglah sedap. Kalau berbuka kat Chinese Restaurant Muslim tu memang lah mahal. Rasanya dalam RM 30-40 jugak hidangan sebegini. Masak sendiri lebih jimat.
Dua ekor ketam saya beli baru RM 14. So total cost taklah sampai RM 40 kn? Sebab makan hanya berdua, saya guna sekor ketam aje. Jimat weh.

Resepi : Ketam Telur Masin

(Chinese cooking style)

Bahan-bahan ( 2 org makan ):

  • 2 ekor ketam (belah 2) dicelup dengan batter (tepung, telur dan lada sulah)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dadu)
  • 4 tangkai cili api (hiris)
  • 2 tangkai cili kering (hiris)
  • beberapa helai daun kari
  • 1 tin susu sejat (saya guna susu pekat Dairy Champ, sbb takde susu sejat kat rumah)
  • 2 sudu mentega
  • minyak untuk menggoreng ketam
  • 3 biji kuning telur masin(saya guna 1 biji sbb tak cukup telur. hehe)
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng ketam yang telah dicelup tepung sehingga garing/masak.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang, cili api, cili kering, dan daun kari.
  3. Masukkan susu sejat dan kacau rata
  4. Masukkan kuning telur masin, lenyek sehingga sebati dgn kuah.Balancekan garam
  5. Apabila kuah sudah mulai pekat, tutup api dan tuangkan ke atas ketam 
(Sebab saya guna susu pekat manis, rasa manis masin pedas tu semua balance)

Tuesday 16 July 2013

Resepi: Ikan Pesmol untuk berbuka puasa

Resepi berbuka puasa yang sedap walaupun sedikit complicated iaitu Ikan Pesmol!

Step by step perlulah ditunjukkan dalam resepi ini supaya orang yang berpuasa menjadi lebih semangat untuk masak resepi ini untuk berbuka. Rasa macam ikan percik, tapi lebih berempah. Serius sedap giler! 
MUST TRY


RESEPI IKAN PESMOL

1 ekor ikan bawal dibersihkan
Garam secukup rasa
Lada hitam yg baru dikisar

1 batang serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik
4 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat - letak 1/2 kotak santan kotak aje
 Air perahan daripada 1 biji limau nipis
Gula secukup rasa

Bahan dikisar :
5 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

Cara Membuat :

Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga
garing.

Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata.

Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

Wednesday 10 July 2013

Suara Tiz Zaqyah serak-serak basah

Kalau sesiapa nak dengar suara Tiz Zaqyah yang serak-serak basah nyanyi, boleh tonton music video for Oh My English! - Together! The song features SleeQ, Tiz Zaqyah and Zain Saidin, and the music video stars the cast of Oh My English !


Sedap jugak suara Tiz Zaqyah ni ye!