Tuesday 16 July 2013

Resepi: Ikan Pesmol untuk berbuka puasa

Resepi berbuka puasa yang sedap walaupun sedikit complicated iaitu Ikan Pesmol!

Step by step perlulah ditunjukkan dalam resepi ini supaya orang yang berpuasa menjadi lebih semangat untuk masak resepi ini untuk berbuka. Rasa macam ikan percik, tapi lebih berempah. Serius sedap giler! 
MUST TRY


RESEPI IKAN PESMOL

1 ekor ikan bawal dibersihkan
Garam secukup rasa
Lada hitam yg baru dikisar

1 batang serai - dititik
2 cm lengkuas - dititik
4 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat - letak 1/2 kotak santan kotak aje
 Air perahan daripada 1 biji limau nipis
Gula secukup rasa

Bahan dikisar :
5 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

Cara Membuat :

Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga
garing.

Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata.

Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

No comments:

Post a Comment