Wednesday 24 July 2013

Travelogue: Prague to Olomouc

Kami sampai di Prague after 6 hours in train from Frankfurt. Penat berbakul bakul lepas travel kemain almost 24 jam. Tapi bila lihat pemandangan terindah ciptaan Yang Esa ni seakan terpukau tak terasa kepenatan badan yang dalam proses penuaan ini.


Di Prague, ada surau kecik yang korang boleh solat dan tukar duit.Yang penting, pesanan mokcik, solat 5 waktu mesti cukup. Barulah hati terang-riang tanpa gundah-gulana-menyesali diri. Bagi mengisi perut yang sudah mengecut tanpa makanan selama lebih 6 jam ini, ada la rezeki di Istanbul Kebab kat area tu.

Pilih, jangan tak pilih! Walaupun perasaan berkobar-kobar memilih lauk yang paling extravaganza dan mabeles, lauk-lauknya masih nampak kusam. Di luar jangkaan paradigma betol lah.

Memang we olls sangat lapar dan tamak ketika order makanan. Nampak tak muka tamak aku di sebalik kamera?

Kusam tak bermaya, rasa tiada.


Saya adalah penge LIKE coffee yang tegar walaupun sedar gigi sudah bertemakan warna kuning akibat stain menapak setiap hari. Nko lah yang bersalah dalam hal ni Coffee oiii! Cett. Itulah wanita tak sedar diri menuding jari pada kopi, tak mengaku kesalahan diri sendiri.

Tomorrow, the next day: Centrum, Olomouc

Cuaca mendung yang bakal menghujani bumi dengan hujan. Ayat apekah.

Terus menerpa ke restorante berhampiran. 
Menu Book pun nak tunjuk.

Granini strawberry juice ni tersangatlah sedap. Pekat likat berkilat u olls.

Disebabkan makanan kat Istanbul kebab tak menepati tunas rasa lidah kami, maka tamaklah semula bila makan semasa makan di Olomouc restorant ape ntah ni.

Seaafood aka Marinara Pizza

Mushroom Pizza
Hoipp jadi vegetarian lah pulak kat sini. Lebih baik dari makan pig pork yang diharamkan disisi agama

Dolu-dolu, masa pestime pegi H & M kat Olomouc and Paris, i olls tak tahu pun H & M ni begitu branded kemain wahwah. Ingatkan kedai baju local yang tak dikenali masyarakat. Rupanya sampai kat Mesia ni terus bukak kat mall. Oke la tu. Gelemer jugak i dapat masuk H & M ni

Donut made by machine. Kagum sungguh sebab comel

Pestime jugak hamba melihat tulip yang hidup dan original. Walaupun tak boleh pegang, tapi tetap menjadi pojaaan lubang hiidungku. Haipp, tahu tak misi mencari tulip ni dah berapa lama? 2 hari tahu. Sebab time tu ku sangkakan panas hingga ke 2 minggu, rupanya hujan setiap hari. Tulip have fragile buds, so gugurlah ke bumi bila kena hujan mencurah-curah. Yang ni pun dapat snap sebab skodeng rumah tepi jalan dan eh eh, tulip!!! Terus zoom kamera celah-celah pagar petak kecik tu. Kalau ada anjing bulldog pengawal rumah ni, konpom lubang hidung dah kena gigit.

to be continued....

No comments:

Post a Comment