Monday 22 July 2013

JJCM: Iftar di Hotel Vistana Kuantan Ramadan Buffet

Last Friday, bos hubby belanja rakan-rakan opismate Muslim berbuka puasa di Ramadan Buffet Hotel Vistana. Makan free, of coz tak tolak weiihh. Dah la sumur hidup tak penah saya berbuka dekat Hotel. Bajet tentulah kena meriah. Ongkosnya wow gitu.

Gambar memang tak ada dan memang sengaja tak bawak kamera sebab takut terserlah ketasopanan dan kejakunan makan di hotel. Sebenarnya terpaksa berpura-pura sopan depan opismet hubby.huhu.

Menu:
 (opps, nama ni memang tak sama la kat atas table tu. Nama direka mengikut rupa bentuk menu tersebut, pepandailah korang nanti cari yang mana)

  • Aneka bubur (nangka, pisang, sagu, labu dll)
  • Aneka kerabu (x sempat nak merasa )
  • Aneka dessert (kek, kuih muih, puding)
  • ABC
  • Aiskrim
  • Lauk pauk pelbagai jenis
  • Kambing golek
  • Kerang
  • Laksa pahang
  • Nasi ayam
  • Roti canai
  • Murtabak
  • Sate
  • Bubur lambuk

Rating: 4/5
Harga: RM 58++
Masa: Berbuka - 9 malam
Kemudahan solat: Ada surau kat tingkat atas, orang sangat ramai, So ada dewan lagi satu dibuka utuk solat. Lepas makan boleh sambung balik
Review: Rasa masakan lauk pauk memang sedap! Menu pelbagai jugakla. Antara menu yang saya ingat dan rasa sedap:


- Udang celup tepung (saiz besar, puas hati makan)
- Kari kambing (pekat, likat, sedap)
- Ikan celup tepung sweet sour
- Sayur tauge hijau
- Kambing golek bakar tu boleh tahan la..
- Paru masak merah
- Sotong sos tiram
- Sate daging sangatlah lembut.Tak tahu daging ape

Opor ayam wangi hubby kata tak sedap.
Dessert, kek tu biasa jek, tak sedap sangat. Puding tu okey je la. Pengat labu dan nangka memang saya suka.hehe.

Anyway, harga tu maybe tak berbaloi sangat dengan jumlah yang saya makan sebab saya makan tak banyak. Perut dah penuh angin kot T_T  But still thanx to bos sebab belanja makan kat Ramadan Buffet Hotel Vistana


No comments:

Post a Comment