Saturday 28 September 2013

Travelogue: Tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands

Baru je balik dari Cameron. Meh nak citer tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands

1. Bharat tea plantation
-ada 3 tempat yang pemes. Boh tea plantation pun ada, Tapi yang ni both Bharat Tea Valley

 (bawah lagi dari Tanah Rata)


 Bharat tea plantation jgk, tapi sebelum sampai Brinchang lagi if drive dari  arah Gua Musang


Tips melawat ke Cameron Highlands: 

Teh paket yang Strawberry Milk Tea tu sama je rasa dia walaupun yang murah atau mahal sebab yang mahal tu peket dia lebih sikit.

2. Lavender Farm

Caj masuk : RM 5



Self Picking Strawberry
Min 200gm
 

Tips melawat ke Cameron Highlands: 

Kalau nak self pick strawberry sekadar nak ada pengalaman petik, silakan. Tapi kalau nak buat makan bawak balik umah, baik beli kat Kea Farm or Pasar Malam Brinchang. Sebab self pick sangat mahal dan saiz strawberry kecik - kecik.

3. Cactus point




 Tips melawat ke Cameron Highlands: 

Harga kat sini lebih mahal dari Kea Farm or Pasar Malam Brinchang. Kat kaktus point, 6 pasu kecik RM 10. Pasar Malam Brinchang, 8 pasu kecik RM 10. Tapi boleh beli tempat letak kaktus kat Cactus point.

4. Kea Farm

Jeruk asam, 4 kotak = RM 10.




 Tips melawat ke Cameron Highlands: 

Ada yang jual 2 kotak, RM15. Ada yang jual 3 kotak RM 25. Sila tengok berapa lapis strawberry yang disusun dalam kotak. Baik beli yang hampir masak kalau nak buat balik.

5. Pasar Malam Brinchang

Kaktus kat sini lagi murah dari Cactus point.


Makanan pemes kat Cameron Highlands:
 
  • Ubi madu
  • Jagung
  • Limau
 

Celup tepung: Watercress, Brokoli, Cendawan Tiram
 


6. Taman Rama-rama
Caj masuk : RM 5



 Tips melawat ke Cameron Highlands: 

Better pegi Taman Rama-rama yang gambar kat atas ni. Sebab yang paling atas tu tak berbaloi masuk Rerama banyak yang dah mati. Butterfly Garden ni sebelah menyebelah je.

7. Rose Valley
Caj masuk : RM 4




No comments:

Post a Comment