Sunday 21 December 2014

Travelogue: Rome

Piazza Spagna

Katenye ada kaitan dengan Spanish la, macam penghargaan yang diberikan pada duta Spanyol yang datang waktu tu, siap ada bangunan lagi. Nak baca lebih lanjut memang kena google.


Janganlah berharap sangat nak sopim kat jalan mewah macam ni. Kedai untuk golongan mewah berada kaya harta benda. Kalo takat pakai beg Salvatore Ferragamo cap China ngan purse Prada harga 30 hengget, memang salesgirl tak pandang. Siap halau keluar gamaknye. Hehe


Bila kitorang stop makan kat sini, sebab terlampau kebulur, pakcik pelayan tu macam buat muka nak halau je, are u sure u want to eat at my high profile restaurant? With your tipoo tipoo Chanel shoes?

Pedulikan semua itu. Tetap order share makan 2 pinggan untuk 3 orang. Sharing is caring apee pakcik!


Maka menyambung perjalanan seterusnya ke Villa Borghese. Memang kena naik bas lepas turun di stesen itu.

Naik ROMA atac bus tak payah bayar sebab ada Roma pass.

Turun kat taman je. Memang tak sampai kat Villa Borghese. Sebab tak paham sangat direction ke sana.

Lepas itu menuju pula ke Trevi Fountain.Kepercayaan diorang, kalau kita baling duit syiling dalam fountain ni, kita akan datang balik ke sini. Saya tak baling pun.Once is already enough.

Bag streetshop. Cantik-cantik dan ada brand. Mesti duplicate bag. Tapi memang nampak kukuh. Especially yang kulit.Mostly dijual oleh foreigners iaitu Bangla.


Nyesal okeh ke Vatican City. Orang ramai sangat, bersesak-sesak tolak-tolakan. Kalau tak pegang tangan memang abes la terpisah. Kitorang tak tahu pun yang tempat ni pemes bagi orang Kristian. Memang kami je la yang bertudung kat situ.

Jalan masuk dan jalan keluar memang asing. Maybe diorang nak mudahkan pergerakan keluar masuk kot.



Lepas ke Vatican City, sempat la jugak singgah kat sports shop untuk beli jersi Roma untuk hubby tersayang. Singgah jugak kat pasar untuk beli fresh fruits.Kitorang tadi turun kat Metro Ottaviano dan naik balik kat Metro Lepanto sebab jalan-jalan tengok kedai-kedai untuk shopping.


No comments:

Post a Comment