Tuesday 20 August 2013

Stress kat tempat kerja

Betul la tekaan korang.. memang haku tengah seteress. Stress kat tempat kerja. Korang hado?
Situasi:

Saya ada bagi arahan untuk ambik rekod lama, nak cek apa yang telah saya buat, dan masalah yang ada. Tapi staff dengan meninggi suara cakap sesama diorang, buat apa nak amek yang rekod lama, kan dah ada rekod kat pc tu. 

Kadang-kadang, ada segelintir manusia ni yang berlagak pandai dan rasa diri dia lebih hebat dari orang lain. Padahal, orang yang di sekeliling diorang tu lebih expert dan lebih tahu apa yang perlu dilakukan berbanding si bodoh sombong tadi. Maaflah sebab terguna ayat kasar cenggitu. It's the  reality.

Lagi satu situation, cakap tak pakai otak. Dah la bodoh sombong, cakap tak pakai otak, dua kali ganda nampak kebodohannya. Bukan sengaja nak memberi title bodoh, tapi itulah hakikat segelintir perangai manusia.

Apalah salahnya kalau tanya kenapa bagaimana bila untuk apa arahan tu di berikan. FYI, kat pc tu takde pun rekod lama, yang ada rekod baru yang takde kaitan langsung. Lepas tu sesuka hati cakap saya lupa tulis. Heyyyyyyy! Sakit hati betul. Rasa macam di buli pun ada. Adakah saya ni terlalu baik hati dan ignorance sampai tak boleh marah orang?

Mode: Need stress reliever. It's Coffee time maybe?

No comments:

Post a Comment