Monday 29 April 2013

Tips masak 1: Untuk wife bekerja dan busy memanjang

Halloo... I nak share la sikit beberapa tips masak dan kat dapur untuk wife yang berkerja keras pagi sampai malam, penat lelahnya tak siapa yang tahu. Ye la, keje pun keje jugak, tapi rumahtangga jangan diabaikan!

Kalau beli barang dapur banyak-banyak, bukanla sempat sangat nak masak sekaligus banyak-banyak atau nak habeskan lauk yang dibeli tu dalam masa 2-3 hari. Memanglah berangan bagai masa sopim tu, nak masak lauk tu, lauk ni. Cececeh. Bajet sempat la kan?

Tips 1: Google dulu resepi yang agak-agak nak buat untuk minggu ni. Kalau yang dah terer masak, boleh kasi hantam sajalah barang yang nak diguna. Buat yang kaki bangku, sila Google dan salin bahan apa yang agak-agak nak guna. Takde la membazir, beli tapi tak guna.

Tips 2: Kalau beli bahan basah, i suka bersihkan siap-siap, dan asingkan kadar penggunaan (macam tarif bil letrik plak kann.. ) Contoh, untuk 2 org, skali ngap, banyak ni je haa.. seciput. I suka asingkan ikut penggunaan sebab ada untuk jimatkan masa, ada benda yang kite boleh perap sebelum freeze kan.

Contoh lagi:

Ayam - untuk perapan BBQ, perapan garam kunyit, perapan ala nasi ayam, takde perap langsung.
          - so balik keje sok-sok, bukak peti ais, defrost dan terus boleh masak. Senang kan?

Resepi marinate mudah

Perapan BBQ (utk 2 org)

Ayam 2-4 ketul
Bawang Holland
Bawang putih
Sedikit blackpepper/whitepepper
Sos tiram 
Sos BBQ Life
Garam secukup rasa

Perapan garam kunyit (advance version) (utk 2 org)

Kunyit debu/kunyit hidup
Garam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Bawang Holland
Halia
Garam secukup rasa
Serai

Perapan ala chinese (utk 2 org)

Halia
Bawang putih
Sos tiram 
Garam secukup rasa
Kicap manis
Whitepepper

Udang 

Bersihkan siap-siap, so cepat time nak guna. Marinate garam kunyit je.. 
kalau tak nak marinate pun takpe, janji siap bersihkan

Boleh masukkan perapan dalam Freezermate by Tupperware (kalo hado duit banyak, boleh la melabur sakan untuk Tupperware Freezermate). 



Kalo tada duit, beli je Applelady T_T


No comments:

Post a Comment