Monday, 29 April 2013

Tips masak 1: Untuk wife bekerja dan busy memanjang

Halloo... I nak share la sikit beberapa tips masak dan kat dapur untuk wife yang berkerja keras pagi sampai malam, penat lelahnya tak siapa yang tahu. Ye la, keje pun keje jugak, tapi rumahtangga jangan diabaikan!

Kalau beli barang dapur banyak-banyak, bukanla sempat sangat nak masak sekaligus banyak-banyak atau nak habeskan lauk yang dibeli tu dalam masa 2-3 hari. Memanglah berangan bagai masa sopim tu, nak masak lauk tu, lauk ni. Cececeh. Bajet sempat la kan?

Tips 1: Google dulu resepi yang agak-agak nak buat untuk minggu ni. Kalau yang dah terer masak, boleh kasi hantam sajalah barang yang nak diguna. Buat yang kaki bangku, sila Google dan salin bahan apa yang agak-agak nak guna. Takde la membazir, beli tapi tak guna.

Tips 2: Kalau beli bahan basah, i suka bersihkan siap-siap, dan asingkan kadar penggunaan (macam tarif bil letrik plak kann.. ) Contoh, untuk 2 org, skali ngap, banyak ni je haa.. seciput. I suka asingkan ikut penggunaan sebab ada untuk jimatkan masa, ada benda yang kite boleh perap sebelum freeze kan.

Contoh lagi:

Ayam - untuk perapan BBQ, perapan garam kunyit, perapan ala nasi ayam, takde perap langsung.
          - so balik keje sok-sok, bukak peti ais, defrost dan terus boleh masak. Senang kan?

Resepi marinate mudah

Perapan BBQ (utk 2 org)

Ayam 2-4 ketul
Bawang Holland
Bawang putih
Sedikit blackpepper/whitepepper
Sos tiram 
Sos BBQ Life
Garam secukup rasa

Perapan garam kunyit (advance version) (utk 2 org)

Kunyit debu/kunyit hidup
Garam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Bawang Holland
Halia
Garam secukup rasa
Serai

Perapan ala chinese (utk 2 org)

Halia
Bawang putih
Sos tiram 
Garam secukup rasa
Kicap manis
Whitepepper

Udang 

Bersihkan siap-siap, so cepat time nak guna. Marinate garam kunyit je.. 
kalau tak nak marinate pun takpe, janji siap bersihkan

Boleh masukkan perapan dalam Freezermate by Tupperware (kalo hado duit banyak, boleh la melabur sakan untuk Tupperware Freezermate). 



Kalo tada duit, beli je Applelady T_T


Monday, 22 April 2013

Seoul Garden yang tak berbaloi

Seoul Garden dah tak besh cam dolu-dolu. Sangat sedih bila ter melabur duit sebanyak RM 75++ semata-mata untuk makan tempat yang tak berbaloi. Tak taw lar kalau Seoul Garden kat KL Festival je yang takde ketam, ayam yang belum marinate (for steamboat), no marinated lamb, no sausage, less choice of marinated fish, mushroom pun ada sejenis jer kott! 


Dulu i selalu makan kat Seoul Garden Plaza Pantai (Kerinchi LRT Stn) , harga tersebut sangat berbaloi sebab choice sangat banyak!!

Oke-oke, bagi yang belum tahu Seoul Garden tu apa, meh nak citer sikit.

Harga: 
RM 35.++ per head

Location:
1 Utama Shopping Centre
Plaza Pantai
 IOI Mall
KL Festival City 

(Semua yang 4 location ni ada halal certificate taw) 
Yang lain ada lagi, luar KL

  Mahkota Parade, Melaka
  City Square, JB
Plaza Gurney, Penang

Food: 
Variety of marinated  chicken, beef, lamb, fish and squid for you to grill ( black pepper, szechuan, char siew, chili, curry, tom yam, teriyaki, garlic and coffee)

 Fresh seafood product like fresh prawns, lala dll
 Variety of vegetables 

Choices if Soup:

Tom Yam
Super Tom Yam (extra spicy)
Soup  

 Sauces: 
Lime Chili Padi Sauce
 Special Korean Sauce
Chili Sauce
Garlic dll 
( banyak sangat pilihan sampai lupa dah nama) 

Nasi Goreng
Mee Goreng
Popiah
ABC
Salad
Drinks (refillable, but they charge you RM3.99 only)

Ice cream


Various of ice cream flavour!

If ada sesaper yang baru je pegi Seoul Garden, dan ada benda-benda yang sebut takde kat Seoul Garden KL Festival, sila tinggalkan komen oke. So that takde la i boikot totally Seoul Garden, 
maybe tempat tu je kot yang takde. huhu

Thursday, 18 April 2013

Tips for unorganized person macam saya



I am unorganized and pelupa (short term memory loss? not really) It just more to unorganized, since my priority level is different, which one should i do first. It's terrible, especially after married. He's totally different from, me. He is a well organized person, not messed with everything around, not 'campak-campak barang ' like me. Susah jugak nak break the 'habit' and be organized, sebab sejak kecik dulu sampai sekarang, i grow up with this.

NAMEE ROSLAN pun ada buat entry pasal ni taw! SEE, SEE! Bukan i sorang sajer ye.

I used to put something here and there, thinking that i'll gonna put them in their right place or so called 'home' after this. But i tend to forgot. YES. Coz i will do another thing, like masak dulu, mandi dulu, pergi kerja dulu, sebab dah lambat. That task become my priority, and then i forgot all the things i 'campak-campak' just now. 

E.g: I used the hairband to tie my hair. Konon-konon nak mandi,untie dulula hairband tu. Opps, tertinggal kat depan meja kat depan TV and than pergi mandi. Kannnn, dah lupe kan nak sangkut balik kat depan cermin dalam bilik. Nampak kan? kan? In this case, my priority, which is MANDI came first, and the small thing, hairband tu dah kat mana aku letak.OMG

Kesian hubby. Selalu membebel sabung menyabung kat i. I did try, but it's so difficult T_T

Hope this article will help me:


Note: ALLAH dah bagi setiap jodoh tu ada kelebihan dan ada kekurangan. Yang mana kurang, yang lebih akan tampung vice versa. Kita cuma mampu baiki kelemahan yang ada. Saya ada kelebihan, dan saya juga ada kekurangan, like other human being...

Monday, 15 April 2013

Occubite Muffin and Coffee

Muffin lover?? Angkat tangan!! No, i'm not. It's not that i'm worrying about my weight, kalau nak makan bedalkanajer lah. I love doughnut more kot. Tapi siyesli Occubite muffin ni sangat comel menawan hati, fall in love at the first sight! Muffin yang sedap, kurang manis dan yang paling penting comel!

Jangan risau, sebab tagline diorang :

 "Low Fat, Low Sugar, Less Calories"

 Homaigod, sungguh comel! Sayang giler nak makan kot. 2-3 kali pikir nak makan ke tak. hohoho
Kalau tak basi, sampai tahun depan aku buat perhiasan atas meja makan kat umah tu.

 They are offering over 30 choices of sumptuous and exotic flavors of muffin ! 
Pilih, jangan tak pilih!

Per piece: RM2.50
Box of 4 pieces: RM9.90
Box of 6 pieces: RM13.80
Box of 12 pieces: RM24.80
2 Boxes of 6 pieces: RM27.60

Air liur meleleh tak dapat ketagih? 
Visit them at:

KL Festival Mall
Lot SK14B, Level 2

 Tropicana City Mall
Lot G-PPK5, Ground Floor 


or  
www.occubite.com

Note: Try kira berapa kali perkataan 'comel' wujud dalam entry ni

Monday, 1 April 2013

Jalan-jalan cari makan: Misi mencari Wong Solo

Dari Johor nun jauh di sana, pusing KL semata-mata nak cari Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Hubby mengidam kaww. Memula i olls nak pegi cawangan Bangi. Sebab we olls tak biasa area situ, sesat sejam kot.


Cawangan Restoran Ayam Bakar Wong Solo

Wortal is carrot rupenya. Kui kui kui. Baru tahu. Sape yang order jus poligami nanti ada tendency untuk berpoligami. Awas perempuan di luar sana! Jangan bagi hubby anda order jus poligami nih! * Just Joking

Kepala senget lagi? Sori lah, malas nak upload gambar yang dah dibetulkan

The menu. Banyak sangat, sampai tak tahu nak order yang mana. Rambang mata wehh

Sambal Wong Solo pedas tapi mengancam gilerr. Terancam sampai lidah i kepanasan yang amat.

 Jus poligami & Jus Advokat yang pekat giler. Kejap je sejuk. By the time u finished your meal, ehh dah tak sejuk dah. Don't really prefer this. Better go for Soda Gumbira

 Ayam Penyet .Perapan terasa sampai ke tulang. Hebat wehhh! Kecur air liur dibuatnye..

 Ayam Kampung Bakar

Balado Torung Terung

Nah hamek ni resepi Balado Terung!

Sunday, 31 March 2013

Cuti-cuti Malaysia: JB, Johor

Last 2 days, i tercuti-cuti Malaysia kat Johor. Unplanned hokay. Since hubby terpaksa meeting kat JB for 2 days, ape lagi, otomatik la ada orang mengekori. hehe

Sempat lagi on the dot buat tempahan hotel via Agoda.com. I dunno why terpilih Citrus Hotel, maybe sebab bajet la kan, pastu dekat dengan JB sentral, so boleh le melencong ke City Square sebab dekat sangat ngan City Square tu. Depan mata je ha.

I thot Agoda harga lagi murah dari website Citrus, rupenya beli direct lagi murah. OMG!!! Beza sangat kot. Tapi dah terbayar, Nanges air mata darah sekalipon tiada guna.Cett!



Bas klasik Yow Hoe. Korang hade? Bandar Segamat or area Johor memang banyak klasik-klasik macam nih. Nanti berhempet dengan mamat bangla bau ketiak ashemmm.. ewwwww



 Bantai kedai mamak, sebab sangat lapar, belum dinner lagi. Sampai dalam kol 2 pagi.

Kol 2 pagi bantai magi goreng mamak kaww! Seb bek sodap. Located in front of Citrus Hotel jer. Lagi tingal secoet ni baru ingat nak amek gambar. Ape lagi nak pelawa korang.hehe

Citrus Hotel dari dalam. Sempat lagi berpaling ke belakang mengambil gambar sebelum naik lif.

 Kuih Ang Ku from Season Bakery. Selalu nampak orang Cina makan kueh ni, rupenya rasa sama jer macam kuih koci. Jakun... Sian...

 Malam Sabtu tu ada BBQ with Hubby's officemate. Marshmallow bakar  First time i rasa taw, and it's yummy .Dip into Hershey's choc.
Jakun kan??

Sunday, 17 March 2013

Candle light dinner at Hyatt Regency

Candle light dinner at Hyatt Regency Teluk Cempedak

Dah lama nak merasa camana lah Candle Light Dinner yang pompuan selalu verangan tak sudah ni. Aha, disebabkan Anniversary, ada reason nak cuba benda luar biasa buang tebiat tak hengat nih. Konon nak buat suprise kat hubby, tapi kantoi sebab manager call time ada dalam kete with him. Google yang paling dekat, Hyatt Regency. Kitorang kene pegi awal sebab kena bayar untuk book dulu.

Memula sampai, amek gambar dulu seposen dua. Hyatt Regency ni 5 star lah kirenye, so i thot ianya berbaloi melaburkan duit di situ untuk hanya sekali seumur hidup, merasa gane lah rupenye candle light dinner aka Romantic dinner tepi laut.


Hyatt Regency 5 star? Maybe sebab dah lama sangat kot, nampak macam 3 or 4 star jek. I think they need to do sumthing, buat renovation baru ke. Cewahh .Jadi arkitek kejap.

Coals on the beach. located right on the beachfront, is open-air dining at its finest, caressed by the gentle winds of the South China Sea


 Table setting

Apple juice. Not wine okay. Halalan toyyiba

 Smoked salmon, arugula, capers, onion, Italian dressing
( I thot smoked salmon ialah sesuatu yang boleh di terima oleh tekak 'omputes' i. But not really. 
Telan ikan tu sambil tahan napas . Amekkaw )

 Cream of leek and potato soup, dill, sour cream, garlic bread
( Thick and tasty . Love the texture! Cecece. Ala-ala food critics dah aku ni )

Char-grilled New Zealand tenderloin steak, sautéed asparagus
mashed potato, Hollandaise sauce

 Pan-fried cod, herb, sautéed vegetable, lemon butter sauce, pasta
(Love the pasta! Pasta sangat lah original Italian taste gitu. Kecheng! Rasa berada di Italy kejap *)

 Celebration mango cheese cake 
( Soft and mouth watering. Yummeh! Tapi separuh jek abes sebab dua-dua dah macam ikan buntal kekenyangan. Burrrppp! )

Apple strudel, Haagen Dazs vanilla ice-cream

Rating : 6 out of 10
8 pm - 10.30 pm 
(lama sangat lah waiting time for food services, or memang lama sebab diorang nak bagi peluang untuk berdating? Sangat lah bosan sampai tersengguk kat meja. Sebenarnya kitorang penat sebab after balik keje, terus pi layan movie maraton 2 citer siap. mih mih mih )
It's not worth every penny
( Sorry Hyatt for this time)

Tips: No need to take full meal course. Jangan tamak haloba macam haku okeh. Cukuplah sekadar ambik meal ala carte and enjoy berdua-duaan di tepi laut yang indah gelap gulita berserta angin sepoi-sepoi bahasa itu.

 But still good enough bagi orang jakun macam i untuk rasa camana rupenye Candle Light dinner.
TQ. XOXO