Wednesday 21 August 2013

Pengalaman sertai MLM dan kenapa saya berhenti buat MLM

Lepas membaca

15 facts sbb kenapa sy stop dr Premium Beautiful business.. wajib baca!! 
(tu pun kalau ada lagi entry ni, tapi rasanya dah deleted by her) by Marissa's mommy ni, saya terpanggil diri sendiri untuk share kisah saya join MLM ni. 

Saya cuma nak share pengalaman saya, dan tak nak menjatuhkan sesiapa.

Cerita 1:

Masa tu saya masih student. Tetiba adalah sorang kawan tu bagitahu, nak start biz tak? Dapat bebulan 2-3K, banyak tuu.. silap-silap 10 K sebulan. Masa tu student lagi, banyak la tu kan bagi saya. FYI, saya ni memamng minat biz  So tapa pk panjang, saya agree untuk join lepas diberi pencerahan oleh wakil LU**R kat bangku depan asrama kolej. Gempak kau tengok plan income dia! Dapat cari 2-3 orang downline dah masyuk. Sape tanak kan?

Then, saya diberikan kit or pakej yang bernilai dengan harga yang saya 'leburkan' tu, If tak silap, pakej paling rendah RM 1000- RM1500. Dapatla gel gamat sapu, gamat makan la, facial wash gamat la. Ntah ape saya dah lupa. Jual punya jual, tak laku. Berbuih mulut promote. Ape tah lagi nak cari Downline. Susah ooo.Diorang cerita kat kelas or seminar kat hotel mane ntah, kemain senang method dia.

Last-last saya telan sdiri gamat yang ada walaupun tak sedap.Tempek jugak lah kat muka ni in order to perabiskan produk MLM ni. Seb bek muka aku takde effect paper yang tak munasabah. Last-last expired terus buang.

But that time, I think positively. Maybe i yang malas gi kelas dan tak berusaha gigih seperti upline. (nak cover kesedihan duit terbang melayang)

Cerita 2:

Yang ni berlaku masa student dan nak start keje. Masa tu company VE*M* ni tengah fofular, everywhere ada booth diorang. Kat google ads tu belambak. Ntah macam mana mata rambang tak serik dengan yang sebelum ni, terjoin lah pulak MLM kat atas ni. Tapi yang ni pakai emel, katanye senang aje. Ko emelkan segala paedah yang ternyata bagus barang antioksida ni, makan tetiap hari boleh jadi itu ini. Sehat tubuh badan katanye. 

Tapi lama-lama lepas hampir 6 bulan dok emel orang tiap-tiap hari, takde pulak nampak tanda-tanda orang akan beli barang ni or jadi downline. Ragu-ragu jugak sebab rasanya dah ikut segala guide yang di beri. Bila dok pikir balik, there's no use teruskan biz ni. Saya pk positif, maybe biz ala MLM ni tak sesuai dengan jiwa raga saya. I don't know about others.

Jumlah kerugian, tak terhitung pulak. Modal pun dah lupa berapa yang di LEBUR kan. Termasukla untuk google ads.Tapi apa yang saya perasan, leader MLM tersebut dah tukar buat biz sendiri. Nampak sangat .... kan? kan?

Moral value:

Saya tak nak judge MLM ni scamming ke apa. Bagi saya, kejayaan dalam biz MLM ni MAYBE bergantung pada sistem itu sendiri dan orang yang join iaitu diri kita. If kita bukanlah orang yang sanggup menebalkan muka dok follow up kengkawan dan masyarakat umum setiap hari tanpa kenal penat lelah, that's not a biz that suited you. Carila biz lain yang lebih menepati kesanggupan dan kemampuan. Tak perlu kuarkan duit sampai berjuta dan buat loan gempak bagai kat bank yang at last menyusahkan diri sendiri. Mula secara kecik-kecik dan yang penting halal.Yang baik buruk lain tu boleh pikiaq sendiri la ye.
No offense kay

 

Tuesday 20 August 2013

Stress kat tempat kerja

Betul la tekaan korang.. memang haku tengah seteress. Stress kat tempat kerja. Korang hado?
Situasi:

Saya ada bagi arahan untuk ambik rekod lama, nak cek apa yang telah saya buat, dan masalah yang ada. Tapi staff dengan meninggi suara cakap sesama diorang, buat apa nak amek yang rekod lama, kan dah ada rekod kat pc tu. 

Kadang-kadang, ada segelintir manusia ni yang berlagak pandai dan rasa diri dia lebih hebat dari orang lain. Padahal, orang yang di sekeliling diorang tu lebih expert dan lebih tahu apa yang perlu dilakukan berbanding si bodoh sombong tadi. Maaflah sebab terguna ayat kasar cenggitu. It's the  reality.

Lagi satu situation, cakap tak pakai otak. Dah la bodoh sombong, cakap tak pakai otak, dua kali ganda nampak kebodohannya. Bukan sengaja nak memberi title bodoh, tapi itulah hakikat segelintir perangai manusia.

Apalah salahnya kalau tanya kenapa bagaimana bila untuk apa arahan tu di berikan. FYI, kat pc tu takde pun rekod lama, yang ada rekod baru yang takde kaitan langsung. Lepas tu sesuka hati cakap saya lupa tulis. Heyyyyyyy! Sakit hati betul. Rasa macam di buli pun ada. Adakah saya ni terlalu baik hati dan ignorance sampai tak boleh marah orang?

Mode: Need stress reliever. It's Coffee time maybe?

Monday 5 August 2013

Google resepi biskut raya mudah dan sedap

Dah dua tiga hari aku meng 'google' resepi biskut raya mudah dan sedap. Nak rekacipta sendiri bukanlah senang bagi orang yang kurang expert buat biskut or baking baking powder nih. Main hantam tang tu i pandai.

Antara resepi yang agak-agak mudah dan gambar macam sodap semacam aku hamek himpun kat bawah. Senang lah nanti nak buat rujukan, Tak payah pegi library untuk buat rujukan atau beli buku resepi last-last minit.

1. Biskut Arab : Yatimemories
Resepi mudah tol lah. Senang gamaknye nak buat ni.

2. Biskut Semperit :Mat Gebu
Sebab ramai orang review resepi ni memang sedap maka berbaloi lah jika terai membuatnya

3. Tat nenas : SpicesJourney
Sebab tuan punya resepi ni kate, lepas dia guna resepi ni, taknak dah guna resepi lain.

4. Almond London: Dapur digital
Sebab tuan blog jugak cakap, resepi ni paling best dia penah cuba. Rangup!

5. Biskut kelapa: Secuit rasa
Sebab katanya biskut ni resepi turun temurun dan lain sikit sebab ada tepung suji

Okeh. Take note ye. Pas ni nak buat. Babai