Saturday 29 June 2013

Resepi: Pulut Durian Simple

Pulut Durian memang menu wajib time musim durian ni. Maklumlah kan, rasa lemak manis berkrimnye sangatlah disukai ramai. Walaupun sekarang ni belum start musim durian, tapi tekak dah nak makan sangat tak hengat, ajak hubby pegi terjah penjual durian kat bandar. Dapatlah tangkap 2 biji durian, Musang King dan tak tahu king ape dah, tapi total cost, RM 28. Mahallll ekk rupenye durian Musang King ni! Kite biasa makan durian kampung jer. Harga Musang King ni kalau yang tak biasa beli, timbang pakai kilo. RM 12 sekilo. Tu pun katenye Musang King Thailand. Pendatang asing lah tu, tapi mahal jugek.


Pulut Durian Simple
Serving: 2 person

Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • 1/2 cawan pati santan (saya guna santan kotak jer)
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Durian 5-8 ulas
  • 1/2 Gula Melaka (saiz kecik)
Cara-cara
  1. Basuh beras pulut dan tanak dalam periuk nasi. Bila dah menggelegak, buang air dalam periuk nasi tu, pastu continue sampai masak (petua tanak pulut dari ayah).
  2. Untuk santannya: Masak santan bersama air, gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Masukkan durian.
  3. Siap. Boleh di hidang.

Wednesday 26 June 2013

Travelogue: Prague again ( second time)

Kalau nak ke Prague, perlu amek Emirates sebab terus turun kat Prague walaupun kena change flight kat Dubai Airport. From Prague to Olomouc, naik train selama 3 jam okeh.




Solat dulu sebelum jalan-jalan

Granit? 

Souvenir comel kaler traffic lite yang boleh dibeli. Sebenarnya kat sini tak sempat jalan lama sangat sebab hujan lebat. So kalau nak baca entry yang panjang, boleh klik kat sini (last time i was there)


Tutorial : Buat header blogspot guna Adobe Photoshop dan Photoscape

Hi!

Saya dah buat header belog yang baru. 
Ehemm, semua ni akibat tunjuk ajar Eira Sakina from this post --> 

Memang jelas dan paham! 
TQ for the tutorial ^_^ 

P.s: Sapa yang malas nakgodek-godek buat sdiri dan rasa nak tempah header boleh la tempah dari i yerr.. hik hik (gelak manje)

Monday 24 June 2013

Travelogue: Frankfurt main to Frankfurt Hahn

Btw, Sunday ialah hari yang paling malang bagi tourist macam kitorang sebab kedai and mall TUTUP!

Banana and Nutella Crepe. The most we can eat T_T


Jalan sikit depan area station tu, masuk lorong belah kiri, akan ternampaklah segala kedai makan halal kat situ. Nak nanges kitorang jumpa kedai ni. Rasa nak ucap congrats and time kasih banyak-banyak kat tuan kedai ni sebab bukak kat sini. Lapar tau sebab berhari-hari makan western dan kebab T_T

Kebab lagi T_T sori, kami tak pilih ye kali ni

Depan Thai Restaurant tu jugak


Cara ke Frankfurt Hahn from Frankfurt main airport:

1. Amek train ke station
2. Kat tepi train station ni, keluar pintu yang ada money changer banyak tu, jalan ke sebelah kiri. Cari bus stop yang ada tulis Frankfurt-Hahn. Tiket bas boleh beli kat drebar.Jadual bas ada kat signboard stop tu

Betul-betul sebelah car park

Okay, dah sampai kat epot Frankfurt-Hahn. Sila jangan tido otw ke sana walaupun perjalanan agak lama, sebab pemandangan yang indah memukau mata memandang. Eceyyhh.

Ekceli, flight kitorang dalam kol 6 pagi esok, tapi sebab belom mandi hari tu, perlulah menginap di tempat yang agak selesa untuk mengurangkan kebusukan diri. Hotel B & B betul-betul ada kat depan epot tu. Untuk yang bawak duit banyak dan tak kesah melabur demi keselesaan, anda boleh rent 1 bilik semasa tunggu flight next morning. Harga? Erm, bilik 3 org dalam 119 euro rasanya. 2 rang 79 euro. Mahal kaw!

Sunday 23 June 2013

Travelogue: Rome and Roman Forum

Dari atas Colosseum, boleh nampak Arch of Constantine dan asilica of Maxentius



Arco di Constantino

Sekiranya anda nak bermalas-malasan, boleh naik Ho-ho bus ni. Kos? Dunno. Sebab we olls dengan semangatnya jalan kaki. Jimat duit jugak. Stop ada depan Entrance/ Exit Via di San Gregorio, jalan sikit depan Arch di Constantine.


Studio

Roman Forum

We olls dah memijakkan kaki menjejakkan kaki ke Basilica Aemilia, Roman Forum. Tanda dengan kaki. Pekk!

We olls exit Via dei Fori Imperiali, sebab nak lunch area sana. 

Tips travel: Pls bawak makanan mengunyah masa nak jalan kat area ni. Sangat luas dan boleh kelaparan kebuluran amat sangat! Air toksah risau, banyak public drinking water kat sini.

Saturday 22 June 2013

Resepi: Ikan jebong masam manis

Semalam beli ikan jebong kat pasar. Buruk je nama ikan jebong, sian kat ikan tu. Ada orang panggil ikan tu ikan ayam. Dahla ikan, ayam lakk. ish ish

 
Haa, ni lah rupenya ikan jebong tu. Patutlah, kepala besau bagai. Kulit die keras tau, liat nak siang. Kalau nak beli ikan ni, tanya siap-siap penjual ikan tu, dia boleh tolong buangkan kulit yang liat u tak. Kalau tak boleh, tak yah beli. Nanti kena bersilat pulak nak siang ikan tu nanti.


Resepi ni original dari diri sendiri. Guna bahan yang ade kat dapur je, so reka je lah ikut apa yang ada kannn. Sebab ni first time masak ikan ni, so tak tahu ikan ni jenis hanyir ke tak.haha. Saya rendam dalam air beras dulu before masak, konon-konon nak hilangkan hanyir ikan. Isi ikan ni pejal dan sedap. So sangat sesuai kalau nak buat kari or sup.


 IKAN JEBONG MASAM MANIS

Bahan-bahan: (2 orang makan)

(Celup tepung)

Tepung gandum
Telur
Garam
Lada sulah
Baking soda

(sos)

1 biji Cili merah (blend)
2 ulas bawang merah saiz besar (blend)
1/2 ulas bawang besar (blend)
1 cm halia (blend)

Timun batang (potong dadu)
Tomato  (potong dadu)
1/2 bawang besar (potong dadu)
Lada hijau hiris

Sos tiram
Sos cili thai
Lemon
Garam

Cara-cara:

1. Lumurkan ikan dengan tepung, pecahkan telur dan masukkan garam, lada sulah dan baking soda.Biarkan sekejap. Cara buat celup tepung ni bergantung pada keselesaan sendiri. Nak buat batter ni siap-siap baru celup ikan pun boleh jugak. Kemudian goreng, agak-agak masak dan luar sedikit garing.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend tadi sampai wangi or garing. Lepas dah garing, masukkan sedikit air diikuti sos tiram dan sos chili thai.

3. Masukkan timun batang, tomato dan bawang besar. Kemudian masukkan lada hijau (masuk last-last untuk bagi rasa krup krap tu masih ada, baru sedap makan ngan nasi woooo.. ). Perasakan garam.

4. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi. Tutup api. Perahkan lemon kat atas. Gaulkan. Saya ni lebih suka kalau tepung tadi ada rangup sikit dan tak berapa lembik, sebab tu terus tutup api. Terpulangla pada citarasa orang yang membuatnya.

Travelogue: Rome and Colosseum


Turun je dari flight, kluaq pintu terus nampak kaunter jual tiket. Company lain-lain. Yang penting, pilih yang nak ke Termini station. Senang korang nak merayap dari situ. Op coz kalau nak senang,book bilik kat area Termini jugak!

Tips travel

1. Kalau korang nak pilih yang paling pemes, Terravision dan Busshuttle. Kalau tanak menunggu lama, sila amek yang paling tak pemes, so tak berebut dan tak perlu tunggu lama sampai pengsan! 

Kos: 4 euro

2. Kalau korang stay sana dalam 3 hari, berbaloi untuk beli Roma Pass. Sebab transportation dah di caj atas Roma Pass, 2 free ticket to mana-mana tempat bersejarah (archeological sites). Kalau kurang dari 2 hari, maybe agak rugi sebab kos Roma pass dah 34 euro. Kalau kurang dari 3 hari, baik beli tiket on the spot je. Lebih jimat!


Bas trip pertama dah tak muat! Terpaksa menunggu trip kedua

Dalam ni ada peta, Roma pass dan internet pass if tak silap.


Cara ke Colosseum dari Termini station:

1. Jalan kaki
2. Turun Metro kat Line B (biru) Colosseo, terus sampai kat depan Colosseum



Tips travel: Kat Colosseum ni, kene tengok betul-betul line yang kita beratur. Jangan main hentam saje. Nanti berjanggut kau tunggu. Memula we olls beratur kat line panjang ni, rupanya untuk yang datang dengan tour guide or group. hehe. Yang kosong tu sebenarnya untuk Roma Pass.

Wahh, amazing kan??

Thursday 20 June 2013

Travelogue: Madame Tussauds, Vienna

Cara nak ke Madam Tussauds Vienna:

1. Turun metro kat Praterstern
2. Jalan kaki ke arah Prater Park, yang nampak Giant Ferris Wheel. Dah sampai!!





Friday 14 June 2013

Travelogue: France day 2

Next day, kitorang plan nak ke Disneyland Paris. Just amek Metro dan amek RER line A.

Beli pisang. Bekal ke Disneyland.


Tips: Boleh beli makanan awal-awal sebelum sampai ke Disneyland supaya tak pokai dan tak kebuluran di siang hari. Sebab lepas main-main sure korang laparnye..


Tips: Beli dulu online ticket at http://www.disneylandparis.com/. Lebih murah, cepat dan senang.
       Datang awal pagi sebelum gate bukak, baru tak serabut ngan orang ramai-ramai

Tips: Amek Fastpass ticket kat setiap game yang korang nak main

Disney Parade. Don't miss it! Check their schedule here.

Jack and the beanstalk. Couldn't find jack here. Where is he?

Magical Kingdom. Tempat wajib bergambar supaya orang kampung tahu ko dah sampai kat Disneyland.

Lepas puas hati main-main kat Disneyland (well, kitorang tak lepak sampai satu hari pun kat sana) we went to Notredame area.

Square de la Tour Saint Jacques. Amek gambar signboard jek. Ape kes.

Then, to Musée du Louvre, 99 rue de Rivoli. Wajib juga singgah untuk lawat Monalisa. Kalo Monalisa dah pindah ke Disneyland, maka tak perlu lagi ke tempat ni.


Jangan lupa bergambar dengan Monalisa supaya balik nanti satu kampung boleh berbangga


Notre Dame de Paris (rupenye Roman Catholic Cathedral). Kitorang tak masuk dalam pun, sebab ramai giler beratur (agama mereka).

 Tips: Kalau nak beli souvenir, kat are nak ke Notre Dame tu banyak dan murah! Tapi kalau nak beli key chain Eiffel, beli ngan Negro kat area Eiffel Tower, bargain habis-habis. Tapi kena hati-hati sebab diorang slalu kena kejar dengan polis, takut dia lari sebelum sempat bagi duit balance




Makanan halal. Nasi Arab. Sorang dekat 80 hengget taw! This is a restaurant. So kalau nak jimat, janganla cuba-cuba lupa diri makan kat restoran. We olls tak sengaja, sebab lapaq sangat. Walaupun muak, tapi habes ku telan jua

Metro station. Cantek kan?

Great Mosque of Paris (Grande Mosquee de Paris)

Inside

Maka the end of the day, pergi lepak kat Eiffel Tower again! Ces pura-pura nak datang sini satu kali aje. Hamek, dua kali lepak teross!